Rahsia perkahwinnan
di atas pintu rumah. Tugasnya ialah menanam keraguan di hati
suami ataupun isteri...
keraguan suami terhadap kejujuran isteri..., meragui suami ketika
di luar rumah dsbnya.
Patutlah setiap kali suami balik rumah, terdetik di hati isteri..
suaminya berbuat serong di luar...ataupun ketika suami memandang
wajah isteri, rasa tidak puas hati timbul, dsbnya .
kalau pun tidak diluahkan, hatinya tetap berdetik dan meneka-
neka sangkaan yang bukan bukan, mula mula masih boleh dipendam
tetapi lama kelamaan pecah juga akhirnya...(bergaduh).
Suami pun begitu, apalagi jika isterinya jenis berkarier, sangkaan
buruknya sentiasa ada lebih lebih lagi jika isteri berlawa sedikit,
daripada biasa, apatah lgi klu balik lewat sedikit ke rumah.
Rupa rupanya ini semua dimulakan oleh seekor syaitan, kerjanya
mudah iaitu menanam rasa hendak berburuk sangka oleh isteri terhadap
suami ataupun suami terhadap isteri.
Apabila kedua duanya mula tuduh menuduh ia bertepuk tangan dan
apabila mereka hendak berpisah, tandanya ia sudah berjaya.
Tugas akan diteruskan oleh syaitan lain, syaitan itu pula akan
memastikan pasangan tadi benar benar berpisah.
Dalam proses ini pelbagai bisikan supaya mengingkari perintah
perintah ALLAH akan ditiupkan, yang paling mudah ialah meniupkan
rasa tidak puas hati terhadap takdir...
menyalahkan takdir serta menganggap semua kekalutan itu berpunca
dari takdir yang tidak adil...
Nah~~! kalau sudah begini....di mana imannya..?
(chewah...berceramah pulak....opsss~~!)
sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk ke rumah sehinggalah
baginda mendengar jawapan salam daripada isteri baginda.
Di saat itu syaitan tadi akan lari....
dan, suami melihat isteri dengan pandangan
penuh kasih sayang dan kepercayaan...
isteri pula memandang suami dengan rasa rindu dan kasih...
kerana adanya kasih dan sayang...cinta...rumahtangga bak syurga
yang sentiasa menghadirkan kesejukan...


0 Ulasan:
Catat Ulasan
'Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami,
maka ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,
pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada
Allah Subhanallah Taala'
Riwayat Al Baihaqi
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama