Isnin, 18 Januari 2010

Tanah Airku..Bumi EmasHitam


MIRI, bandar kedua terbesar di Sarawak bukan saja memiliki garis pantai yang panjang meliputi jarak 40 kilometer dari Bakam berhampiran sempadan Brunei di timur, malah, bukit berhampiran pusat bandar menjadi lokasi penemuan minyak pertama negara ini pada 1910.


Pelancong pasti teruja melihat menara gerudi daripada kayu 'Grand Old Lady', di tapak asal.

Di sebelahnya ialah Muzium Sains Petroleum untuk mengetahui sejarah penemuan emas hitam yang menjadi sumber pembangunan negara.


Bandar itu turut memiliki lebih 10 taman awam dengan reka bentuk landskap tersendiri. Miri City Fan, umpamanya pernah meraih pengiktirafan kerana keunikan tapaknya yang berbentuk kipas tradisional Cina.

Taman Awam Miri pula menampilkan reka bentuk warisan tradisional dan titi gantung. Walaupun tidak setinggi mana, ia mampu mengundang rasa gayat.

Luak bay Esplanade, terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari pusat bandar pula menjadi lokasi terbaik melihat pemandangan indah matahari terbenam.

Di Miri, pastikan anda menjenguk Tamu Muhibbah iaitu pasar terbaik untuk mendapatkan segala macam barangan termasuk beras bukit selain produk kraf rimba.

Jika bertandang pada hari minggu, anda dapat menyaksikan keindahan masyarakatnya berbilang kaum. Ini masa melihat keunikan cara hidup masyarakat yang masih mengamalkan budaya tatu di badan.

Bandar ini juga menjadi bandar terdekat dengan taman negara iaitu Mulu, Niah, Lambir dan Loagan Bunut , dengan setiap satunya menawarkan pengalaman berbeza.

Taman Negara Mulu umpamanya memiliki Gua Rusa, kamar batu terbesar dunia yang sudah menerima pengiktirafan sebagai salah satu tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Dari Miri juga, pelancong yang mengunjungi tanah tinggi seperti Ba'Kelalan yang terkenal dengan satu-satunya kegiatan menanam epal secara komersial di negara ini, selain Bario dengan keunikan kopinya.

Jika anda gemar makan, cuba makanan tradisional tempatan, antaranya Midin (ulam), Umai (jeruk ikan), kangkung dan ulam paku digoreng dengan belacan.

Hidangan mesti cuba pastinya, Laksa Sarawak.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

'Apabila seorang hamba Allah telah beristeri/bersuami,
maka ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya,
pada separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada
Allah Subhanallah Taala'
Riwayat Al Baihaqi

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama